SEMBELIT
Mengatasi masalah sembelit
Oleh: SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN
SEMBELIT merupakan suatu keadaan pengosongan usus yang jarang berlaku, najis atau tinja (feses) adalah keras dan kecil atau perkumuhan feses menjadi sukar.
Ia mungkin mengakibatkan kesakitan dan jika keadaan serius, boleh mengakibatkan tanda-tanda usus yang tersumbat.
‘‘Obstipation merujuk kepada penyakit sembelit yang serius. Sembelit terjadi mungkin disebabkan oleh cara pemakanan, perubahan hormon, kesan sampingan dari ubat dan perubahan struktur badan manusia.
‘‘Sembelit boleh dirawat dengan perubahan cara pemakanan (menambahkan fiber dalam makanan), pengambilan ubat pelawas atau laksatif (julap), enema dan pembedahan,’’ kata Pakar Bedah, ColumbiaAsia Medical Centre, Seremban, Negeri Sembilan, Dr. Abd. Hamid Mat Sain.
*Tanda-tanda awal
Bagi kes sembelit yang biasa, bahan buangan adalah keras dan sukar untuk dikeluarkan.
Meneran mungkin akan menyebabkan hemoroid (buasir) dan fisur anus (perekahan kulit dubur).
Menurut Dr. Abd. Hamid, bahagian abdomen mungkin membengkak, rasa ketegangan dan kadangkala bunyi pergerakan usus yang kuat dari biasa boleh kedengaran.
‘‘Ramai yang berfikir bahawa adalah perlu bagi seseorang itu melakukan perkumuhan usus (membuang air besar) setiap hari. Namun begitu, ia adalah normal jika seseorang itu membuang air besar sebanyak sekali dalam seminggu kerana ini tidak akan menyebabkan sebarang tanda,’’ ujar beliau.
Ini bergantung kepada tabiat pemakanan, senaman dan lain-lain faktor.
Dr. Abd. Hamid berkata, kes-kes serius (impaksi feses) mungkin akan memperlihatkan tanda-tanda usus tersumbat (muntah) dan cirit-birit paradoksikal di mana bahan buangan yang cair dari usus kecil melepasi bahan terimpak di dalam kolon dan keluar dari dubur.
Sembelit di kalangan kanak-kanak boleh mengakibatkan najis terkeluar dengan tidak terkawal (enuresis; perkumuhan air kencing secara tidak sengaja terutama membasah tilam pada waktu malam dan enkopresis; inkontinens feses. Istilah ini digunakan untuk kekotoran feses berkaitan dengan gangguan psikiatrik)
*Diagnosis
Keterangan oleh pesakit mengenai gejala-gejala pesakit membolehkan diagnosis dibuat.
‘‘Dari aspek tabiat pemakanan, didapati mereka yang mengalami sembelit disebabkan oleh kekurangan dalam pengambilan makanan yang mengandungi fiber atau cecair.
‘‘Sembelit yang disebabkan oleh kekurangan pergerakan mungkin terjadi di kalangan orang dewasa.
‘‘Kesan dari pengambilan ubat-ubatan juga boleh mengakibatkan sembelit (antidepresan dan opiat). Tanda-tanda yang menunjukkan hipotiroidisme jarang ditemui,’’ terang beliau.
Semasa pemeriksaan fizikal, kata Dr. Abd. Hamid, sibalum iaitu seketul atau sekelompok najis yang ketara mungkin dapat dikesan.
Pemeriksaan rektal (dubur) dapat memberikan gambaran ton sfinkter anal (gelang otot sekeliling dubur) dan sama ada rektum - bahagian akhir usus besar mempunyai sebarang najis.
Jika ini berlaku, kata Dr. Abd. Hamid, supositori atau enema mungkin boleh dipertimbangkan dan pengambilan ubat secara oral (ditelan) mungkin perlu.
‘‘Pemeriksaan rektal juga dapat memberikan maklumat mengenai konsistensi najis, kehadiran hemoroid dan kebarangkalian wujud sebarang tumor (ketumbuhan).
‘‘Pemeriksaan sinar-X di bahagian abdomen, yang dilakukan ke atas pesakit mungkin menunjukkan kehadiran feses terimpak di dalam kolon dan seterusnya dapat memastikan faktor-faktor lain yang mempunyai tanda-tanda yang sama,’’ jelasnya.
*Punca-punca penyakit sembelit
Najis yang keras
* Kekurangan dalam pengambilan diet yang mengandungi fiber
* Penghidratan
* Ubat-ubatan diuretik dan ubat-ubatan yang mengandungi besi, kalsium dan aluminium
Kelemahan otot atau transit yang perlahan, di mana tindakan peristaltic akan musnah atau tidak berlaku, menyebabkan najis tidak bergerak
* Hipotiroidisme (aktiviti kelenjar tiroid yang kurang daripada normal atau bertindak perlahan)
* Hipokalsemia, kehadiran kepekatan kalsium yang terlalu rendah dalam darah
* Kecederaan sfinkter anal
* Ubat-ubatan seperti loperamide, opioids (codeine dan morfin) dan sesetengah jenis antidepresan
* Penyakit yang serius atas sebab-sebab yang lain
* Porfiria akut, salah satu daripada kumpulan penyakit keturunan yang jarang berlaku disebabkan oleh gangguan metabolisme hasil penguraian hemoglobin yang dikumuhkan dalam air kencing
* Diskesia, suatu bentuk sembelit akibat menahan secara berterusan dan lama keinginan untuk membuang air besar
* Penjerutan, di mana sebahagian dari usus kecil atau rektum adalah sempit atau tersumbat disebabkan pemampatan atau pengecutan organ di mana najis tidak dapat keluar
* Penyempitan (istilah perubatannya, striktur)
* Divertikula - sak atau kantung terbentuk pada tempat-tempat lemah dalam dinding trek alimentari
* Tumor atau ketumbuhan di usus atau tisu di sekeliling usus
Sembelit psikosomatik, berdasarkan kemurungan atau ketidakbiasaan dengan keadaan sekitar
* Sembelit fungsi
* Sembelit, sindrom kerengsaan usus, diklasifikasi oleh gabungan sembelit dan rasa tidak selesa dan atau rasa sakit di bahagian abdomen
Rawatan
‘‘Bagi mereka yang tidak mengalami sebarang masalah perubatan, campur tangan utama ialah penambahan kandungan cecair (terutamanya air) dan makanan yang berasaskan fiber.
‘‘Peningkatan makanan berasaskan fiber boleh dilakukan dengan menambah pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan, roti yang tinggi serat dan biji rami dalam pemakanan.
‘‘Amalan pengambilan ubat pelawas secara rutin tidak digalakkan kerana ini akan menyebabkan usus bergantung penuh kepada penggunaan pelawas,’’ kata Dr. Abd. Hamid.
Menurutnya, pelawas mungkin penting bagi mereka yang mempunyai gangguan tabiat pemakanan yang tidak efektif dan sesuai.
Penggunaan perangsang pelawas (seperti sena) perlu dihindari kerana ia akan memburukkan lagi masalah kekejangan yang selalu dialami ketika sembelit.
Dalam keadaan yang berbeza (seperti penggunaan codeine atau morfin), penggabungan penghidratan (seperti laktulosa atau glikols), bulk-forming (seperti psyllium) dan agen stimulasi adalah diperlukan.
Produk-produk ini boleh didapati di kaunter secara meluas.
‘‘Enema dan klister selalunya diberikan kepada pesakit yang mengalami sembelit yang serius, merbahaya atau anti pelawas.
‘‘Sorbitol, gliserin dan supositori minyak arakis digunakan. Kes sembelit yang lebih serius memerlukan larutan fosfat sebagai enema,’’ tambahnya.
Beliau menarik perhatian, sembelit yang tidak dapat dirawat melalui rawatan-rawatan di atas memerlukan campur tangan fizikal.
Disimpaksi secara manual (pembuangan feses terimpak) dilakukan dengan bantuan sedasi atau anestatik am (pembiusan menyeluruh) - bagi menahan kesakitan dan melonggarkan sfinkter anal.
Dalam perubatan alternatif dan tradisional, pengairan berkolon, enema, senaman, diet dan herba digunakan dalam mengubati sembelit.
Adalah lebih mudah untuk mencegah dari mengubati sembelit.
Kata Dr. Abd. Hamid lagi: ‘‘Untuk melegakan sembelit dengan penggunaan agen osmosis seperti laktulosa, Politeleneglikol (PEG) atau garam magnesium perlu dituruti dengan pencegahan seperti penambahan kandungan fiber dalam diet (buah-buahan dan sayur-sayuran) dan pengurangan dos pelawas osmosis bagi setiap malam.
‘‘Melalui penggunaan narkotik yang berterusan, contohnya, pengambilan dos agen osmosis setiap malam boleh dilakukan selamanya (jika tidak membahayakan) untuk menghasilkan perkumuhan usus.
‘‘Bagi sembelit yang terjadi akibat penyakit usus besar yang menyempitkan saluran najis seperti kanser usus ataupun hernia, maka rawatannya adalah pembedahan,’’ katanya.
Oleh itu, bagi pesakit yang mengalami sembelit berpanjangan yang tidak sembuh setelah mengambil berbagai-bagai jenis rawatan untuk sembelit, maka haruslah pesakit dirujuk kepada pakar bedah untuk ujian lanjutan bagi mencari punca sembelit.
Sembelit di kalangan kanak-kanak
SEMBELIT bermaksud perkumuhan usus yang sukar atau menyakitkan dan tidak kerap. Ia adalah normal bagi kanak-kanak, namun ia adalah situasi sementara dan ibu bapa tidak perlu bimbang.
Dr. Abd. Hamid berkata, apabila kanak-kanak tidak mengambil fiber atau serat yang secukupnya, kurang meminum air atau kurang bersenam, sembelit mungkin akan berlaku.
‘‘Ia juga terjadi apabila kanak-kanak tidak menghiraukan keperluan untuk membuang air besar, mungkin kerana malu untuk mengunakan tandas awam, takut atau tidak yakin tanpa kehadiran ibu bapa atau tidak mahu berhenti bermain,’’ ujarnya.
Sembelit juga terjadi akibat ubat atau penyakit. Gejala-gejala sembelit adalah seperti berikut:
* Tidak membuang air besar selama beberapa hari atau perkumuhan usus yang keras dan kering
* Kesakitan di bahagian abdomen
* Loya
* Muntah
* Kehilangan berat badan
* Kehadiran kesan najis (dalam bentuk pepejal atau cecair) pada bahagian seluar dalam kanak-kanak - tanda yang menunjukkan najis ditolak masuk ke rektum
Ujar beliau, sembelit akan mengakibatkan proses pembuangan air besar menjadi satu pengalaman yang menyakitkan. Akibatnya, kanak-kanak tersebut tidak mahu membuang air besar.
‘‘Merapatkan punggung, menggerakkan badan ke atas dan bawah dengan menjengket dan muka menjadi merah padam adalah tanda-tanda menahan pembuangan air besar.
‘‘Rawatan ditentukan berdasarkan umur kanak-kanak tersebut dan tahap keseriusan masalah tersebut,’’ jelas Dr. Abd. Hamid.
Beliau menyarankan, dengan memakan lebih serat (buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin berserat tinggi), menambah pengambilan cecair dan bersenam dapat mengatasi masalah tersebut.
Kadangkala, kanak-kanak memerlukan enema bagi mengeluarkan najis ataupun penggunaan julap bagi melembutkan najis atau menghalang proses sembelit.
Walaubagaimanapun, penggunaan laksatif atau ubat pelawas adalah merbahaya kepada kanak-kanak dan boleh diberi hanya dengan kebenaran doktor.
‘‘Walaupun sembelit selalunya tidak merbahaya, tetapi ia adalah tanda bagi masalah yang lebih serius,’’ tegas beliau. Kanak-kanak perlu berjumpa dengan doktor sekiranya:
* Sembelit berlarutan lebih dari tiga minggu
* Kanak-kanak tidak dapat menjalankan aktiviti seharian
* Terdapat luka atau kesan koyak di kulit sekeliling anus
* Terdapat sebahagian kecil selaput usus keluar dari anus (hemoroid)
* Kanak-kanak perlu meneran lebih dari yang biasa dilakukannya
* Najis yang cair atau lembut keluar dari anus
Glosari
Laksatif: Ubat yang digunakan untuk merangsang atau mendorong kekerapan pembuangan air besar atau menggalakkan tinja yang lebih lembut atau lebih banyak
Enema: Sejumlah cecair yang diinfusikan ke dalam rektum melalui tiub yang dilalukan ke dalam anus
Supositori: Penyediaan ubat-ubatan dalam bentuk pejal sesuai untuk dimasukkan ke dalam suatu kaviti tubuh
Hemoroid: Vena atau pembuluh darah yang membesar dalam dinding anus biasanya akibat sembelit yang berpanjangan atau kadang kala cirit birit
Antidepresan: Ubat yang mengurangkan gejala-gejala depresi atau kemurungan
Opiat: Salah satu daripada kumpulan ubat yang diperoleh daripada candu termasuk morfin
Anal/anus: Dubur
Rektal/rektum: Bahagian akhir usus besar yang berterusan dari kolon sigmoid ke kanal anus. Najis disimpan di dalam rektum sebelum buang air besar/defekasi
Sinar-X: Sinaran elektromagnetik terdiri daripada gelombang dengan jarak gelombang yang terlalu pendek, dengan kuasa yang sangat tinggi untuk menembusi jirim yang legap kepada cahaya
Penghidratan: Tubuh mengalami kekontangan
Sedasi: Penghasilan satu keadaan mental yang tenang, khususnya melalui penggunaan ubat-ubatan.

artikel dari http://www.utusan.com.my/ @ ruangan kesihatan
diambil pada 6 Disember 2007 @ 09:33 am
Labels: kesihatan
0 Comments:
Post a Comment
<< Home